TIPS 1
Nak tambahkan berat badan bagi yang kurus macam cicak kobeng memang agak susah.Perbagai cara dah guna pakai tapi semuanya tak berkesan,ish-ish sabar je la
Haa jadi meh sini abg Gie nak kongsi kan tips untuk korang semua.In sha allah,kalau di amalkan setiap hari ia akan berkesan
Badan kita memerlukan bekalan tenaga yang berterusan kerana ia berfungsi seperti enjin yang sentiasa dihidupkan kerana jantung sentiasa berdenyut, darah sentiasa beredar, otak dan otot juga sentiasa bekerja.
Apabila kita melangkau waktu makan tanpa mengikut jadual, kita sebenarnya telah mengganggu sistem tubuh yang seperti juga enjin yang memerlukan bahan api untuk terus beroperasi. Hasilnya ialah keperluan tenaga terjejas termasuklah jisim otot.
Kaedah terbaik untuk mengelakkan badan daripada kehilangan tisu-tisu yang penting adalah untuk makan secara tetap, jarak kira-kira dalam 3 ke 5 jam. Makanlah dengan konsisten kerana konsistensi adalah kunci utama.
Comments
Post a Comment