10 MAKANAN YANG BOLEH MENAMBAHKAN BERAT BADAN ANDA DENGAN LEBIH CEPAT DAN IDEAL

Pemakan yang betul juga memainkan peranan yang penting
Dalam penambahan berat kita.Justeru itu,pemilihan makanan yang tepat boleh membentukan berat badan kita ke tahap yang ideal,salah memilih makanan juga bole menyebabkan berlaku obesiti yang terlampau.Pemakanan yang mempunyai kalori yang tinggi amat bagus bagi yang ingin menambahkan berat badan,amalkan secara konsisten dan teratur bagi mendapatkan bentuk badan yang menarik.10 makanan yang boleh menambahkan berat badan anda abg gie ingin kongsi kan,let'go guys.

1. Kacang Mentega
Kacang mentega ini yang digemari lagi-lagi apabila disapu pada roti, di mana ia mengandungi 192 kalori dan mempunyai tahap protein yang tinggi.



2. Mentega
Ini adalah salah satu makanan yang disyorkan untuk menambahkan berat badan. Walaubagaimanapun, kuantiti yang perlu diambil hendaklah dihadkan kerana ia boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada hati.



3. Keju
Keju sering dikaitkan dalam membantu penambahan berat badan. Sekiranya seseorang mengambil keju dalam pemakanannya, kalori yang terdapat dalam keju ialah 69 memandangkan ia diperbuat daripada susu pekat yang menambahkan protein, kalsium, kolestrol dan lemak kepada badan.



4. Yogurt
Yogurt buah dikatakan mempunyai lemak yang mencukupi iaitu 118 kalori dan ia dikatakan bagus untuk kesihatan kerana itu adalah amaun yang perlu untuk setiap hari.



5. Nasi Perang (Brown Rice)
Nasi perang disyorkan untuk menaikkan berat badan kerana dikatakan mengandungi fiber yang tinggi dan diet karbohidrat yang diperlukan oleh badan setiap hari.



6. Kacang Benih
Mereka dikatakan penuh dengan lemak tidak tepu yang bertanggungjawab untuk semua kalori sihat kepada badan. Ia termasuk dalam diet dan untuk pengetahauan anda, kacang badam, biji labu dan walnut merupakan kacang yang mempunyai banyak khasiat.



7. Kacang Soya
Makanan yang mengandungi kalori yang tinggi di samping rasanya sedap. Kacang soya terkenal dengan protein yang banyak beserta kalsium, fiber, vitamin B dan zat besi yang bagus untuk badan.



8. Telur
Telur sangat senang untuk didapati dan murah. Telur juga penuh dengan protein, vitamin A, D, E, dan memberi kolestrol yang baik kepada badan.



9. Dada Ayam
Ini adalah salah satu makanan yang paling berkahsiat dalam menambahkan kalori dalam badan tetapi pada masa yang sama dada ayam mempunyai lemak sebanyak 78 kalori sahaja setiap kali diambil.



10. Kacang Buncis
Makanan ini merupakan makanan yang paling sesuai untuk golongan yang makan sayur sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

6 CARA PALING MUDAH UNTUK JADI SADO

5 sebab kenapa anda perlu sado

KURUS KE SADO, AMALKAN 5 MENU INI SEKARANG